BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 27 Ogos 2011

~ cInTa ~



Jika cinta ini adalah sebuah permainan futsal,

akulah pemainnya yang telah dibuang padang...



Andainya cinta ini adalah sebuah filem,

akulah pelakonnya yang gagal screen test...



Kalau cinta ini adalah ombak,

akulah yang telah kehilangan pantainya...

Selasa, 23 Ogos 2011

~...Jika benar kau kasih & cintakan aku sebagai wanita...~


~ Bawalah aku ke jalan Allah

~ Nasihatilah aku

~ Perbetulkan kesilapan aku

~ Jagalah aku dgn baik

~ Kasihanilah aku

~ Lindungilah aku

~ Berilah kasih syg padaku

~ Hargailah aku

~ Hargailah dengan terima kasih atas kelebihanku

~ Bersabarlah denganku

~ Terimalah & cintailah kekuranganku

 ~ Jadi IMAM terbaik & redhalah padaku



✿..moga aku menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..aminnnnn =)


Sabtu, 13 Ogos 2011

CiNtA DaLaM DiAm...


Bila aku belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup aku menyintainya dalam diam...
Kerana diamku adalah salah satu bukti cintaku padamu...
Ku ingin memuliakan kamo, dengan tidak mengajakmu menjalinkan hubungan yang terlarang,
Ku tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatimu..
Kerana diamku memuliakan kesucian diri dan hatiku..
Menghindarkan diriku dari hal-hal yang akan merosak pemikiranku dan akhlakku..
Kerana diamku bukti kesetiaanku padamu..
Kerana mungkin saja orang yang aku cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukku...
korang ingt tak tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam satu ikatan suci nan indah....
Kerana dalam diamku tersimpan kekuatan...kekuatan harapan...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan ini menjadi nyata hingga cintaku yang diam ini dapat berbicara dalam kehidupan nyata...insyaALLAH...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diamku'  ini tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,aku akan biarkan ia tetap diam...
Jika kamo memang bukan milikku, dengan melalui waktu, Allah akan menghapus 'Cinta Dalam Diamku' ini dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat...
biarlah 'Cinta Dalam Diamku'  ini menjadi memori tersendiri dan sudut hatiku menjadi rahsia antara aku dengan Sang Pemilik hatiku ini...
menyintai kamo dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Jika benar cinta ini kerana Allah maka biarlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia bermula daripada Allah maka ia pun berakhir hanya kepada Allah..
Cukuplah aku menyintai kamo dalam diam...
bukan kerana membenci kehadiran kamo.. .tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia... tapi meraih syurga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup kalbuku..
Cukuplah aku menyintai kamo dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan mendatangkan kebahagiaan para syaitan...
Cukuplah aku cintakan kamo dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
kerana tiada yang tahu apa yang telah ditetapkan oleh Allah... mungkin juga rasa ini ujian yang akan pudar atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan...aku meninggalkan rasa cinta aku nie di tangan ALLAH...aku berharap kamo tau yg aku tetap cintakan kamo dalam diam... : )


DoA UnTuK KeKaSiH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku dengan seseorang 
yang melabuhkan cintanya padamu..

Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padamu

Ya Rabbana...
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling daripada hatimu

Ya Rabul Izzati...
jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanmu

Ya Allah...
jika aku menikmati cinta kasihmu
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan bermunajat di sepertiga malam

Ya Allah...
jika aku jatuh hati pada kekasihmu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang manusia

Ya Allah...
jika kau halalkan aku merindui kekasihmu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

Ya Allah...
rindu abadiku hanya kepadamu
permudahkanlah hati hambamu ini...

Amin...

Rabu, 10 Ogos 2011

Kenapa Aku Masih Solo?


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Ahad, 7 Ogos 2011

~uNtUk mEmiLiH tEmAN. . . ~



Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.


Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.


Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.


Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...

insyaALLAH...Amin...

~Sahabat, Aku Lemah~



Sahabat,
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.
Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat dengan ujian,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.
Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada terus lalai.
Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah S.W.T,
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah S.W.T,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.
Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhuwah.
Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.
Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Allah S.W.T.
Pimpinlah aku bersamamu,
Kembali kepada Allah S.W.T,
Moga-moga pengakhirannya,
Khusnul khatimah.
Ku berharap padamu,
Sahabat yang sejati.

Sabtu, 6 Ogos 2011

~Bantu Aku Ya Allah ~


Tarbiyahkan diri,
Dalam ujian dari-Mu tiap hari,
Dalam tangisan mengadu dalam sujud malam,
Dalam rindu bersalut dosa yang tak kunjung kelam.
Bagaimana ya Allah,
Mampuku kata, mampuku kira,
Jalan tajam bersalut noda,
Yang telah aku susuri,
Tapi masih belum mampu aku berhenti.
Bagaimana ya Allah,
Untuk aku tegar,
Untuk aku berdiri tanpa sekumit gusar,
Pada cabaran dunia,
Pada khayalan singgahan sementara.
Aku tak mampu lagi ya Allah,
Bantu aku, pimpin aku,
Kerana meskipun aku sering menangis,
Tapi belum mampu ku tangkis,
Segala nafsu yang berlegar bengis. 

Al-Mizan: Cinta & Cita-Cita


"Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama,
tak perlu dipaksa, tak perlu dicari,
kerna ku yakin ada jawabnya."

Tutuplah kelopak mata dan selamilah pengertian sedalam lautan kalimah Cinta. Dengarkanlah setiap rentak dalam nalurimu apabila ungkapan romantis Cinta dituturkan, saat tangis seakan gerimis, saat jiwa seakan berduka dan saat hati seakan sunyi. Benarkah kata orang Cinta tidak punya mata tetapi hanya ada hati.

Kebanyakan kita mentafsir cinta dengan membayangkan sepasang kekasih, tersimpul dalam ikatan kasih sayang, mengalir sederas aliran di detak rindu, berbenih dan berbunga di telaga sukma. Hakikatnya, Cinta adalah ungkapan yang bukan sekadar ungkapan. Cinta adalah sebuah anugerah yang nilainya bukan segunung waima selautan emas sekalipun. Yakinlah, suburnya keimanan, teguhnya kepercayaan dan tulusnya kehambaan adalah kerana wujudnyaCinta.

Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W:
"Tidak sempurna Iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Cita-cita adalah garapan impian dan harapan seseorang akan masa depannya. Motivasi paling setia dalam rangka sebuah kejayaan, pembakar semangat kental dalam menapak maju ke hadapan. Sebuah eskalator termaju dalam pencarian erti kehidupan sebenar. Insan tanpa cita-cita, ibarat aliran air dari pergunungan menuju ke dataran rendah. Terus mengalir namun tiada pedoman arah tujunya.

Cita-cita adalah ibarat sebuah bangunan, terbina dari susunan batu-bata kekentalan, tercantum dengan simen pengetahuan dan terteguh dengan pasir keyakinan. Cita-citabukanlah hanya ingin menjadi ternama, mempunyai prospek kerjaya mahupun menjadi usahawan berjaya, namun cita-cita tertinggi adalah menggapai keredhaan Illahi duniawi juga ukhrawi.

Renungilah, apakah wujud al-Mizan Cinta dan Cita-cita? Perlukah Cinta itu dipisahkan dengancita-cita? Mampukah cita-cita itu dipertahankan tanpa sebuah Cinta? Haruskah Cinta itu hadir setelah diperoleh cita-cita?

Percayalah, Cinta dan cita-cita adalah dua komponen yang seiring landas geraknya, saling melengkapi dalam memperteguh matlamat keduanya. Ibarat perlunya malam kepada siang, signifikannya suami kepada isteri dan hadirnya cahaya dalam kegelapan.

Dalam travelog cita-cita, kita perlukan kekuatan, menahan segala dugaan dan rintangan yang bukan sedikit cuma dan hadirnya Cinta sebagai sumur dalam perjuangan.

Sebab itulah perlu ditegaskan bahawa pengertian Cinta itu luas lingkup tafsirannya. Rahmat Allah adalah Cinta buat  kita, kasih sayang ibu bapa adalah Cinta buat kita, sokongan sahabat-sahabat adalah Cinta juga buat kita. Mustahillah, bagi kita andai dikatakan semua ini tidak perlu dalam mengejar kemurniaan cita-citaCinta adalah teman setia cita-cita. Raja kepadaCinta ini adalah hati yang dijalin atas nama Maha Pencipta.

Oleh itu, fikirlah tentang al-Mizan Cinta dan Cita-Cita. Halus timbangannya, atas redha AllahCinta dan cita-cita bersatu. Walaupun siapa kita, tanah mana kita berpijak dan langit mana kita bernaung, janganlah sesekali kita pisahkan keduanya. Moga atas jambatan Cinta Allah, bertautlah keimanan tulus dalam naluri kita yang kudus, dan moga atas rahmat Allah jugalah,cita-cita yang digarap atas nama Cinta-Nya mampu digapai dalam inayahnya.

Insya-Allah.