BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 12 Disember 2011

~ ❤ K.A.W.A.N ❤ ~



Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa


❤ Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji



❤ Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang sempurna

Tetapi hakikatnya...



❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga



❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga



❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka



❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT



❤ Dia juga MANUSIA



❤ Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke dalam syurga bersama-sama


Sabtu, 10 Disember 2011

♥~ Kisah Cinta si HATI & si IMAN ~♥



HATI ni sedang mencari teman tiba2 bertemu dgn seorg kawan..dia pun ta’arufan..HATI dh kenal namanya IMAN..tiap kali HATI ditimpa kesedihan, IMAN dtg bg sokongan..HATI sedih IMAN yg gembirakan..HATI menangis IMAN yg tenangkn..HATI diserang IMAN yg pertahankn..


Satu hari HATI ditinggalkn IMAN bukan IMAN xsukakan HATI..Cuma kadang2 HATI xhargai budi IMAN..bila HATI dh rasa keseorgan barulah HATI sedar yg dia perlukan IMAN..HATI pun jatuh CINTA dgn IMAN..


AKHIRNYA.. HATI pun berkahwin dgn IMAN....betuahnya HATI dapat IMAN..♥

Jumaat, 9 Disember 2011

bile la nak dapat CANON nie ea... (^_*)



hmmm..org ckp..kne la brangan2 dlu kn b4 jd knyataan...

aku suke gler la kat cmera nie..

ble la agknye leh bli ea... toink3...(^_^)

kalo de sape2 yg sudi nk wat hantaran pn okey gak kn???? hehehe

pape pn..aku akn trus brusha smpai la aku dpt memilikinya...

insyaALLAH...(^_*)

Selasa, 1 November 2011

~..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..~




Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.. 



Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..



Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia.. 



Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..



Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..



Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.. 


Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..



Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Ahad, 9 Oktober 2011

~...tuk renungan bersama...~





Yang salah, jodoh tidak perlu dicari.

Yang betul, Allah menyuruh manusia berusaha.



Yang salah, perempuan hanya perlu menunggu


Yang betul, Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah SAW.




Yang salah, perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan.


Yang betul, perempuan berhak memilih.



Yang salah, alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi akan menemui lelaki/wanita yang baik.


Yang betul, Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya.



Yang salah, pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan,


Yang betul, perbezaan boleh menjadikan pasangan saling melengkapi.



Yang salah, perlu bercinta sebelum kahwin.


Yang betul, ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin.



Yang salah, pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber’SMS’ dan berjumpa.


Yang betul, selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan . mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber’SMS’ sehingga melalaikan.



Yang salah, janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya “I tidak ada harta, tetapi I ada cinta.”


Yang betul, lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.

~...kebenarannya...~


~✿..Mungkin atau memang di sepanjang hubungan CINTA itu dilalui..banyak perkara MAKSIAT yang dilakukan oleh pasangan kekasih..

>>> contohnya keluar berdua-duaan, berpegangan tangan, bertentangan mata dan sebagainya..✿~

Lalu Allah s.w.t mentakdirkan keduanya BERPISAH agar keduanya MENYEDARI dosa-dosa yang telah dilakukan dan kembali BERTAUBAT..(。◕‿◕。)

Jumaat, 23 September 2011

~...Jangan Sesekali Kamu...~



Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...